Hi! Welcome Back and Stay Tune! HP Omen 16 Dengan Cip Pemprosesan AMD Dan Intel Terbaru Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM7599 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

HP Omen 16 Dengan Cip Pemprosesan AMD Dan Intel Terbaru Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM7599


HP Malaysia telah hadir dengan beberapa penawaran terkini menerusi HP OMEN 16 dengan cip pemprosesan AMD dan Intel baharu. Bagi yang berminat, ia dijual pada bermula RM7,599 (AMD Ryzen 9 6900HX) dan RM7,799 (Intel Core i7-12700H). Komputer riba ini boleh didapati menerusi kedai atas talian rasmi HP di Lazada dan Shopee.

Untuk spesifikasi, ia dilengkapi skrin LCD 16.1-inci QHD (2560 x 1440) dan kadar segar semula 165Hz. Dua pilihan CPU ditawarkan iaitu AMD Ryzen 9 6900HX dengan GPU AMD Radeon RX 6650M. Sementara itu, cip Intel Core i7-12700H pula menggunakan GPU NVIDIA GeForce RTX 3070 Ti. Ia turut dipadankan dengan memori 16 GB DDR5-4800 MHz RAM (2 x 8 GB) dan storan 1TB PCIe NVMe TLC M.2 SSD.

Kapasiti bateri pula sebesar 83Wh yang diiklankan mampu bertahan sehingga 9 jam penggunaan. Sebuah kamera beresolusi 720p HD bersama dwi-mikrofon digital turut sama digunakan. Pilihan I/O pula merangkumi port 2 X Thunderbolt 4 (USB4 Type-C 40Gbps) 1 X DisplayPort 1.4, 1 X USB Type-A (5Gbps), 2 X USB Type-A, 1 X HDMI 2.1, 1 X RJ-45, 1 X AC smart pin dan bicu audio.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.