Hi! Welcome Back and Stay Tune! IBM Goldeneye Ialah Sistem Penyejuk Komputer Quantum Yang Lebih Sejuk Berbanding Angkasa Lepas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

IBM Goldeneye Ialah Sistem Penyejuk Komputer Quantum Yang Lebih Sejuk Berbanding Angkasa Lepas


Komputer kuantum membolehkan tugas pemprosesan yang mengambil masa bilion tahun dilakukan dalam masa beberapa minit. China dan Amerika Syarikat adalah dua negara yang kini mempunyai kuantum yang digunakan untuk membangunkan sistem kecerdasan buatan dan masalah matematik kompleks. Untuk memastikan komputer dapat berfungsi degan optimum, sistem penyejukan yang baik diperlukan.

Untuk penggunaan komputer kuantum generasi seterusnya, IBM telah membangunkan sistem penyejukan yang diberi nama Goldeneye. Ia berbentuk silinder dengan kemampuan menurunkan suhu ke 23 mK yang lebih sejuk berbanding angkasa lepas.

Dengan isipadu 1.7 kubic meter, kapasiti Goldeneye ialah setanding dengan tiga peti sejuk biasa. Untuk menyejukkannya pula, isotop helium-3 (He-3) dan helium-4 (He-4) telah digunakan. Sistem penyejukan pencairan yang dibangunkan ini juga lebih kering berbanding sistem penyejukan biasa.

Goldeneye masih sekadar prototaip dengan data yang dikumpul akan membolehkan IBM membina komputer kuantum yang berkuasa dengan sistem penyejukan yang lebih optimum di masa hadapan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.