Insta360 X3 Dilancarkan Dengan Kemampuan Rakaman 360° Lebih Baik Dan Skrin Lebih Besar
Sejak mula dipasarkan, siri Insta360 X menawarkan kemampuan rakaman video 360° yang cukup menarik dengan ciri seperti memadam kayu selfie dari video dan kemudahan menyunting video terus dari dalam peranti untuk dikongsi ke media sosial. Selepas hampir dua tahun selepas Insta360 X2 dilancarkan, hari ini Insta360 X3 akhirnya diperlihatkan.
Kamera tahun ini masih lagi hadir dengan rekaan tubuh kompak yang mudah dipegang tetapi dengan skrin 2.29″ yang lebih besar berbentuk empat segi menggantikan skrin bulat pada model terdahulu. Sensor 1/2″ 48MP f/1.9 digunakan kali ini untuk mengambil video lebih terang dengan warna lebih menyerlah. Mod timelapse dalam resolusi 8K turut disokong.
Ia masih boleh merakam video pada resolusi 5.7K 360° dan gambar statik 72MP. Ciri baharu yang diperkenalkan ialah kemampuan merakam video biasa pada resolusi 4K 30p atau 2.7K ultra lebar 170 darjah. Sistem penstabilan FlowState dikekalkan untuk merakam video yang sentiasa stabil walaupun sedang melakukan aksi yang lasak.
Bateri 1800 mAh memberikan waktu rakaman sehingga 81 minit sementara itu tubuh melepasi piawaian IPX8 dan boleh dibawa menyelam sehingga 33 meter. Harga jualan untuk kit asas ialah £459.99 (~RM2377) dan meningkat ke £604.99 (~RM3127) untuk Ultimate Kit.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment