Mod Inkognito Pada Chrome Kini Boleh Dikunci Dengan Cap Jari
Mod Inkognito adalah mod privasi yang ditawarkan pada pelayar web Google Chrome. Melalui mod ini, aktiviti pengguna seperti laman we yang dilayari, teks yang ditaip dan banyak lagi tidak boleh dijejak oleh Google atau mana-mana laman web.
Melalui kemaskini Chrome 105, mod Inkognito ini kini boleh dikunci dengan cap jari pengguna untuk keselamatan tambahan. Untuk mengaktifkan ciri ini, pengguna perlu mengemaskini aplikasi ke versi 105 melalui Play Store atau pemasangan APK. Kemudian perlu masukkan chrome://flags/#incognito-reauthentication-for-android pada bar alamat, ubah Default kepada Enabled dan tutup pelayar web dan melancarkannya kembali.
Selepas ciri ini diaktifkan, jika Chrome mempunyai tab Inkognito yang aktif – ia akan memaparkan ikon Inkognito berwarna kelabu dan jika pengguna perlu tekan untuk Unlock Incognito. Selepas tekan, pengguna perlu mengimbas cap jari untuk mengakses tab ini.
Ciri ini buat masa ini masih diedarkan secara berperingkat kepada semua orang dan tersembunyi. Akses kepada semua akan ditawarkan di masa akan datang.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment