Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemakaian Pelitup Muka Di Sekolah Juga Tidak Lagi Diwajibkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemakaian Pelitup Muka Di Sekolah Juga Tidak Lagi Diwajibkan


Selari dengan keputusan KKM tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup sejak Rabu lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengesahkan ia juga tidak lagi diwajibkan di premis sekolah bermula esok di negeri-negeri kumpulan A.

Pemakaiannya masih lagi dibenarkan bagi ibu bapa yang memilih untuk memberikannya kepada anak-anak. Pelajar yang menunjukkan simpton demam, batuk dan selesema masih diwajibkan memakai pelitup muka di kawasan tertutup dan di kawasan terbuka pula ia adalah digalakkan. Pemakaiannya juga masih diwajibkan ketika pelajar menaiki bas/van sekolah, pengangkutan awam dan perkhidmatan seru pandu.

Dengan Malaysia semakin hampir ke fasa endemik sepenuhnya pelbagai kelonggaran telah diberikan berbanding di awal pandemik. Sungguhpun begitu, pemakaian pelitup muka masih lagi diwajibkan apabila pergi ke premis hospital serta kesihatan dan juga ketika menaiki pengangkutan awam.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.