Hi! Welcome Back and Stay Tune! Syarikat China Ingin Melancarkan Panel Solar Ke Angkasa Bagi Menjana Elektrik 24 Jam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Syarikat China Ingin Melancarkan Panel Solar Ke Angkasa Bagi Menjana Elektrik 24 Jam


Sebuah syarikat dari China ingin melancarkan panel solar ke angkasa lepas bagi membolehkan kuasa elektrik dijana 24 jam sehari. Projek akan dibangunkan oleh Longi Green Energy Technology Company yang berpangkalan di Xi’an.

Tahun ini China berkata mereka berjaya melakukan ujian memancarkan kuasa elektrik dari panel solar di angkasa dengan ia dihantar semula ke bumi menerusi gelombang mikro. Ini adalah satu lagi usaha untuk mengurangkan pergantungan China kepada sistem menjana elektrik menggunakan bahan api fosil.

Sebelum ini China mengumumkan mereka ingin mula menjana elektrik menggunakan panel solar di angkasa menjelang 2028 yang diubah dari tarikh asal 2025. Projek oleh Longi ialah langkah pertama untuk menjadikan mereka negara pertama yang mampu melakukannya.

Pelbagai projek ladang solar terbesar dunia telah beroperasi di China dan negara ini juga menghasilkan matahari buatan manusia untuk merealisasikan reaktor nuklear gabungan yang lebih bersih. Selain China, Kesatuan Eropah turut telah mengumumkan keinginan menjana elektrik di angkasa menjelang 2025.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.