Hi! Welcome Back and Stay Tune! Teks Yang Dialih Bahasa Menggunakan Google Lens Kini Kelihatan Lebih Semula Jadi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Teks Yang Dialih Bahasa Menggunakan Google Lens Kini Kelihatan Lebih Semula Jadi


Google Lens telah lama mempunyai ciri mengalih bahasa teks secara masa nyata terus dari dalam aplikasi. Pengguna hanya perlu menghalakan peranti dengan Lens ke teks dalam bahasa asing dan secara automatik ia akan dialih ke bahasa yang difahami pengguna. Tetapi pada waktu ini lapisan teks yang dialih bahasa nampak janggal kerana ia diletakkan dalam kotak yang tidak sama dengan latar belakang teks asal.

Di acara Google Search On 22 yang berlangsung pagi tadi, Google mengemaskini Lens dengan ciri yang membolehkan teks yang telah dialih bahasa kelihatan lebih semula jadi dengan ia mirip dengan teks asal. Tiada lagi kotak teks kelabu pada latar belakang teks.

Dalam contoh yang diberikan, teks yang dialih bahasa terpapar kemas pada latar belakang imej angkasa lepas. Untuk menyokong ciri ini, kecerdasan buatan Generative Adversarial Networks (GANs) digunakan oleh Google. Ciri ini mula diberikan kepada pengguna global hari ini secara berperingkat.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.