Apple Mungkin Ambil Sehingga 8 Tahun Untuk Kurangkan 10% Kapasiti Pengeluaran China Ke Negara Lain
Apple sedia diperkatakan sedang melihat kepada pelbagai kaedah dalam mengurangkan kebergantungan kepada pengeluaran di China – dan melihat kepada beberapa negara lain.
Walaupun ia telah dibincangkan beberapa kali, namun secara realistiknya, ia dilihat agak mencabar untuk Apple melakukan perkara tersebut.
Mengikut analisa Bloomberg sendiri, ia dijangka mengambil masa sehingga 8 tahun untuk hanya mengurangkan 10% kapasiti pengeluaran dari China.
Pada hari ini, hampir 98% pengeluaran iPhone dilakukan di China.
Ia dilihat agak sukar untuk mencabar kebolehan rantaian bekalan di China, termasuk dari segi logistik dan sebagainya yang agak tersusun berbanding negara-negara lain.
Apa pun, dengan ketegangan antara Amerika Syarikat dan China sejak kebelakangan ini, termasuk polisi kerajaan Amerika dalam mengurangkan dagangan bersama China – ia dijangka pelbagai syarikat barat mungkin mengurangkan kebergantungan pengeluaran di China.
Mengikut anggaran, ia dijangka pengeluar barat mungkin mengurangkan kebergantungan kepada pasaran China antara 20% ke 30% dalam dekad akan datang.
Selain China, ia dijangka Taiwan akan kekal menjadi hab pengeluaran semikonduktor dan cip utama bagi tempoh sekurang-kurangnya 5 tahun akan datang.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment