Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Watch Ultra Kini Boleh Dibeli Di Malaysia Dengan Harga RM3,799 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Watch Ultra Kini Boleh Dibeli Di Malaysia Dengan Harga RM3,799


Apple Watch Ultra adalah jam tangan pintar Apple yang paling berkuasa. Ia hadir dengan kerangka 49mm yang lebih besar, mempunyai butang fizikal baharu untuk akses aplikasi kegemaran, menggunakan rekaan sedikit berbeza yang lebih kukuh dan tahan lasak, serta saiz skrin besar.

Memandangkan jam ini dihasilkan untuk penggunaan aktiviti lasak dan mereka yang aktif, Apple menyertakan sistem dwi-GPS Apple L1+L5, hadir dengan ciri siren, aplikasi kompas, muka jam kompas, muka jam yang boleh ubah warna dengan putaran Digital Crown serta ketahanan bateri sehingga 60 jam.

Apple Watch Ultra kini boleh dibeli di Malaysia dengan harga RM3,799. Hanya satu variasi sahaja yang ditawarkan iaitu dengan sokongan selular. Tetapi pembeli boleh pilih pelbagai jenis tali jam berbeza, pada harga RM399. Penghantaran dilihat boleh dilakukan dalam masa satu hari bekerja.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.