Elon Musk Dilaporkan Telah Mengarahkan Untuk Mengurangkan Pekerja Twitter
Elon Musk telah pun mengambil-alih perkhidmatan media sosial popular Twitter pada penghujung minggu lepas. Kini, ia dilaporkan beliau telah mengarahkan untuk mengurangkan pekerja Twitter.
Melalui memo yang dikeluarkan, Elon Musk telah mengarahkan para pengurus untuk menyenaraikan pekerja untuk dibuang. Buat masa ini, ia tidak diketahui peratusan pekerja yang akan terkesan dengan perkara ini.
Sebelum ini, Elon Musk sedia membuang CEO dan CFO Twitter. Untuk para pekerja Twitter yang lain, pengurangan dijangka akan dilakukan sebelum 1 November, sekaligus memberikan peluang untuk Elon Musk tidak membayar pemberian saham untuk pekerja Twitter yang dibuang.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment