Hi! Welcome Back and Stay Tune! Razer Edge Diperkenalkan – Konsol Mudah-Alih Berasaskan Android, Menyokong Xbox Cloud Gaming - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Razer Edge Diperkenalkan – Konsol Mudah-Alih Berasaskan Android, Menyokong Xbox Cloud Gaming


Konsol mudah alih Razer Edge telah dilancarkan awal pagi tadi ketika acara Razer Con 2022. Ia dilengkapi skrin 6.8″ AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 144Hz, dijana cip Snapdragon G3x Gen1, memori sebesar 8GB RAM LPDDR5, storan sebesar 128GB, kamera hadapan sebesar 5MP dan bateri sebesar 5000 mAh.

Ia sebenar adalah sebuah tablet dengan sistem operasi Android dengan ia disambungkan kepada alat kawalan Razer Kishi V2 Pro. Kishi V2 Pro membawakan sokongan haptik pada kayu analog dan juga butang bahu berbanding Kishi biasa. Dengan ini Edge boleh digunakan sebagai tablet Android tanpa alat kawalan apabila tidak digunakan untuk sesi permainan video.

Menerusi konsol ini, permua Android boleh dimainkan pada tetapan tertinggi dan terdapat juga sokongan platform penstriman Nvidia GeForce Now, Xbox Cloud Gaming dan penstriman terus dari konsol seperti Remote Play.

Edge turu dilengkapi speaker stereo yang menyokong THX Spatial Audio. Terdapat juga bicu audio 3.5mm terbina pada Kishi V2 Pro bagi pemilik yang ingin menggunakan aksesori audio berwayar. Saiz storan yang ditawarkan oleh Razer adalah kecil oleh seban itu storan boleh ditambah menggunakan kad mikro SD sehingga 2TB.

Harga jualan Rezer Edge bermula daripada $399.99 (~RM1880) untuk versi WiFi dan $499.99 (~RM2351) untuk Founders Edition yang menyertakan sekali Razer Hammerhead True Wireless. Akhir sekali terdapat Razer Edge 5G yang menyokong rangkaian 5G menerusi eSIM tetapi harga belum diumumkan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.