Redmi Note 12 Bakal Dilengkapi Sensor Sony IMX766 – Pelancaran Rasmi Pada 27 Oktober
Persoalan mengenai tarikh pelancaran rasmi untuk siri Redmi Note 12 akhirnya terjawab apabila ia didedahkan secara terbuka menerusi kemas kini baharu di Weibo. Poster yang dimuat naik menunjukkan ianya bakal berlangsung di China pada 27 Oktober 2022.
Sebahagian reka bentuk pada peranti turut diperlihatkan, di mana sistem tri-kamera utama digunakan dengan pendekatan seumpama sebuah Redmi Note 11T. Menurut Redmi, model baharu ini bakal dilengkapi sistem pengimejan lebih baik, ini termasuklah penggunaan sensor Sony IMX 766 dan sistem OIS terbina. Bagaimanapun, maklumat mengenai konfigurasi kamera tidak pula didedahkan setakat ini.
Selain itu, peranti juga dilihat hadir dengan dua kemasan warna seperti hitam dan biru tetapi kita boleh menjangkakan lebih banyak pilihan yang bakal disediakan kelak. Pada masa sama, ia juga dijangka tiba dalam beberapa variasi berbeza yang mempunyai nilai masing-masing. Seperti biasa, lebih banyak informasi yang akan didedahkan dalam masa terdekat ini, sama-sama kita nantikan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment