Hi! Welcome Back and Stay Tune! Vaksin Kanser Mungkin Menjadi Realiti Sebelum 2030 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Vaksin Kanser Mungkin Menjadi Realiti Sebelum 2030


Antara perkara positif mengenai pandemik Covid-19 ialah ia mempercepatkan penggunaan teknologi mRNA untuk pembangunan vaksin. Vaksin Covid-19 yang mempunyai keberkesanan yang tinggi adalah dari keluarga mRNA yang mengajar tubuh untuk menentang serangan virus yang membunuh ini.

Dr Ugur Sahin dan Dr Ozlem Tureci, dua saintis yang mencipta vaksin Comirnaty menerusi syarikat mereka BioNTech kini percaya vaksin untuk menentang akan menjadi realiti sebelum 2030. Dalam temuramah dengan BBC, pasangan ini berkata keuntungan yang dijana menerusi penjualan vaksin Comirnaty membantu mereka untuk mempercepatkan proses mencari vaksin menentang kanser menggunakan teknologi mRNA juga.

Sebelum ini Dr Tureci berkata BioNTech mempunyai beberapa calon vaksin kanser yang sedang dibangunkan. Kedua-dua saintis ini telah melakukan kajian mencari vaksin kanser sejak dua dekad yang lalu. Menerusi data yang dikumpul dari vaksin Covid-19, mereka kini mempelajari untuk cara terbaik dan lebih pantas menghasilkan vaksin di masa hadapan. Reaksi tubuh manusia terhadap mRNA juga lebih difahami sekarang.

Tahun lalu sahaja 48,639 kes kanser dikesan di Malaysia dan antara insan yang terkorban ialah ibu saya sendiri. Sejak berita mengenai pembangunan vaksin kanser diumumkan oleh Prof Tureci saya berharap ia dapat dipercepatkan untuk kegunaan massa. Ibu saya tidak dapat diselamatkan tetapi vaksin yang akan wujud kelak akan dapat mengelakkan kanser dari terus meragut nyawa insan yang kita sayangi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.