Hi! Welcome Back and Stay Tune! AliBaba Memperkenalkan Wuying Cloudbook – Komputer Riba Berasaskan Awanan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AliBaba Memperkenalkan Wuying Cloudbook – Komputer Riba Berasaskan Awanan


Ali Baba Group telah melancarkan komputer riba berkuasa awan ultra nipis yang digelar Wuying Cloudbook, baru-baru ini. Ia menampilkan skrin sesentuh sebesar 14-inci beresolusi 2.5K yang dimuatkan ke dalam tubuh dengan ketebalan hanya 13.9mm.

Dikuasakan oleh Alibaba Cloud Architecture, ia juga menggunakan tahap keselamatan dan kebolehpercayaan tinggi yang bercirikan awanan. Ini sekaligus membolehkan pengguna memanfaatkan sepenuhnya kuasa pengkomputeran awan sambil meningkatkan kecekapan kos, serta memudahkan kerjasama dalam tetapan pejabat hibrid yang semakin pelbagai.

Ia menyediakan kuasa pengkomputeran awan tanpa had untuk menjalankan perisian intensif pengkomputeran seperti rendering video dan penjanaan imej. Dalam masa sama, turut memberi kebebasan kepada pengguna dengan membolehkan mereka menjalankan beban kerja di awanan tanpa perlu memuat turun dan memasang perisian pada peranti.

Selain itu, pengguna juga boleh menjalankan berbilang sistem pengendalian secara serentak, ini termasuklah Windows, Linux atau Android. Wuying Cloudbook adalah pilihan yang ideal untuk cara kerja baharu seperti kerja dalam jarak jauh dan kerjasama antara pengguna di lokasi yang berbeza. Ia juga menyokong sambungan Wi-Fi6 dan 4G LTE untuk pengguna kekal dalam talian. Tiada spesifikasi teknikal yang dikongsi setakat ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.