Hi! Welcome Back and Stay Tune! BenQ GV11 Portable Mini LED Projector Ditawarkan Di Malaysia Pada RM1949 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BenQ GV11 Portable Mini LED Projector Ditawarkan Di Malaysia Pada RM1949


BenQ kini hadir dengan sebuah lagi projektor LED mudah alih menerusi GV11 Portable Mini LED Projector untuk pasaran Malaysia. . Bagi yang berminat, ia boleh dibeli pada RM1,949 menerusi kedai atas talian dan pengedar sah BenQ di seluruh Malaysia.

Ia dilengkapi rekaan bulat yang menyediakan sudut unjuran sehingga 135 darjah yang luas. Ia juga sejenis nirwayar dan mudah untuk dikendali. Melaluinya ia mampu memancarkan dengan tahap kecerahan 200 ANSI Lumens pada resolusi 480P (854 x 480 piksel). Ia juga memerlukan jarak sekitar 7.5 kaki untuk lontaran imej sebesar 80″ untuk pengalaman sinematik seumpama sebuah televisyen di ruangan yang kecil.

Dikuasakan oleh Android TV 10 yang diperakui Google, GV11 menyajikan pelbagai kandungan daripada lebih 5000 aplikasi penstriman seperti Prime Video, Hulu, YouTube dan banyak lagi. Selain itu, sistem pembesar suara 5W 270 darjah dengan mod audio yang ditala oleh TreVolo disertakan untuk pengalaman bass tambahan dan kesan bunyi lebih mendalam. Sokongan USB-A dan HDMI turut disediakan jika ingin terus main kandungan daripada pemacu USB atau komputer.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.