Ciri Komunikasi Satelit Kecemasan Kini Boleh Digunakan Pada Siri iPhone 14
Apple memberikan kemas kin iOS 16.1.1 hari ini dan ia membolehkan pemilik siri iPhone 14 menggunakan ciri komunikasi satelit dalam situasi kecemasan. Bagi membiasakan pengguna dengan sistem baharu ini, mod demo boleh diakses menerusi skrin tetapan di bawah pilihan Emergency SOS. Apabila dipilih sistem selular dan WiFi pada peranti akan dimatikan sementara.
Kemudian peranti akan memberikan tutorial mencari arah satelit dengan terdapat grafik kedudukan satelit paling hampir dan bilakan ia akan muncul sekiranya ia gagal dikesan kali pertama. Proses mencari satelit adalah agak mudah.
Kami menguji ciri ini di Hawaii dan ketika di balkoni hotel terdapat halangan dinding dan sistem menyarankan supaya kami pergi ke tempat lebih tinggi. Proses menyambungkan iPhone 14 ke satelit pula mengambil masa sekitar satu minit.
Selepas sambungan kepada satelit dilakukan sistem akan bertanyakan beberapa soalan lazim yang perlu dijawab seperti jenis kecemasan, kerosakan kenderaan sekiranya ada dan banyak lagi. Dari pengalaman kami yang singkat mengujinya sebentar tadi, ciri ini mudah digunakan dan amat berguna. Pada waktu ini ciri komunikasi satelit kecemasan hanya diberikan kepada pengguna di Amerika Syarikat sahaja.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment