Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Membangunkan Model Kecerdasan Buatan Yang Menyokong 1000 Bahasa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Membangunkan Model Kecerdasan Buatan Yang Menyokong 1000 Bahasa


Kecerdasan buatan (AI) kini digunakan dalam semua aspek kehidupan harian dari sistem penterjemahan, mengawal kamera, mengenalpasti tumor dan memantau pergerakan manusia. Tetapi AI mempunyai masalah ia dilatih menggunakan bahasa utama dunia sahaja. Impak jangka panjang ialah ia akan mempunyai masalah membantu mereka yang tidak menggunakan bahasa-bahasa utama ini.

Google telah mengumumkan 1000 Languages Initiative dengan harapan dapat membangunkan sebuah model AI yang boleh memahami 1000 bahasa. Di atas kertas 1000 bahasa adalah jumlah yang besar tetapi dalam peradaban manusia kini sudah terdapat 7000 bahasa.

Model akan dilatih untuk menyokong 1000 bahasa supaya di masa hadapan ia bukan sahaja boleh menjadi penterjemah sarwajagat tetapi juga boleh digunakan untuk mengenalpasti imej, video dan arahan suara dalam pelbagai bahasa.

Setakat ini Google telah berjaya menghasilkan Universal Speech Model (USM) yang menyokong 400 bahasa. Ia menjadi tunjang kepada sistem alih bahasa Google Translate sekarang. Usaha Google ini sama dengan projek Universal Translator oleh Meta yang baru-baru ini telah berjaya mengalih bahasa Hokkien dengan hanya menggunakan audio tanpa sistem bertulis.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.