Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Messages Menguji Ciri Menggunakan Pelbagai Jenis Emoji Untuk Reaksi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Messages Menguji Ciri Menggunakan Pelbagai Jenis Emoji Untuk Reaksi


Google sedang memfokuskan penggunaan RCS sebagai alternatif kepada SMS yang dikatakan sudah kuno dan tidak selamat. RCS juga adalah alternatif kepada iMessage untuk pengguna Android. Untuk memudahkan pengguna Android berinteraksi dengan pengguna iPhone yang menggunakan iMessage, sokongan reaksi turut disediakan – di mana reaksi yang dihantar melalui iMessage akan dipaparkan pada Google Messages atau sebaliknya.

Tetapi pada Google Messages, penggunaan reaksi adalah terhad dengan tujuh emoji sahaja. Kini, Google dilihat sedang menguji kemampuan di mana pengguna bebas memilih apa jua emoji yang ingin digunakan. Akan ada ikon emoji dengan simbol “+” dan pelbagai emoji akan dipaparkan.

Ciri ini adalah seperti yang diperkenalkan pada WhatsApp atau Telegram. Buat masa ini ciri ini masih terhad kepada pengguna terpilih dan pengguna beta. Mungkin diedarkan daripada bahagian pelayan dan mungkin akan diedarkan secara lebih meluas akan datang.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.