Oppo A1 Pro Dengan Kamera 108MP Bakal Dilancarkan Di China Pada 16 November
Oppo kini dalam persediaan untuk pengenalan sebuah lagi telefon pintar baharu di bawah siri A. Melaluinya Oppo A1 Pro bakal diumumkan dalam sebuah acara pelancaran yang dijadualkan berlangsung di China pada 16 Disember ini. Turut diperlihatkan adalah reka bentuk telefon pintar ini menerusi poster yang dimuatnaik di Weibo.
Ia menunjukkan sebuah telefon pintar dengan tubuh yang nipis bersama skrin melengkung pada kedua-dua sisi. Turut disertakan adalah panel hadapan berlubang di bahagian tengah untuk peletakan kamera swafoto tunggal. Butang kuasa pula boleh ditemui pada sisi kanan, sementara itu butang laras audio pada sisi kiri.
Seterusnya panel belakangnya pula mempunyai dua modul kamera berbentuk bulat. Ia disusun secara menegak dengan peletakan dua sensor dalam kedudukan berbeza. Di mana, satu sensor bersaiz besar dengan konfigurasi 108MP, kemudian bahagian bawah pula terdapatnya sensor kecil bersama LED Flash. Konfigurasi untuk sensor kedua masih belum diketahui setakat ini.
Tiada maklumat lain mengenai spesifikasi yang didedahkan setakat ini. Namun menurut jangkaan awal, ia boleh hadir dengans skrin AMOLED sebesar 6.7-inci, cip Snapdragon 695, bateri 5000mAh dan sistem pengecasan pantas 67W.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment