Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelanggan Twitter Blue Tidak Perlu Mengesahkan Identiti Untuk Mendapat Logo “Verified” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelanggan Twitter Blue Tidak Perlu Mengesahkan Identiti Untuk Mendapat Logo “Verified”


Selepas Elon Musk mengumumkan logo calit biru “Verified” akan diberikan kepada semua pelanggan Twitter Blue, ramai menyangka pengesahan identiti akan dilakukan. Ini ialah prosedur yang digunakan sebelum ini untuk setiap akaun yang disahkan. Namun begitu pagi ini Esther Crawford yang merupakan pengarah pengurusan produk Twitter mengatakan ia tidak akan dilakukan.

Logo calit biru ini akan diberikan kepada semua pelanggan yang membayar $8 sebulan. Ini mengesahkan laporan sebelum ini yang mengatakan salinan kad pengenalan tidak perlu diberikan. Dengan jumlah pengguna yang ingin menggunakan Blue meningkat serta jumlah kakitangan telah dikurangkan Twitter tidak mempunyai kapasiti untuk mengesahkan identiti sebenar pengguna dengan pantas.

Isunya di sini ialah pengesahan identiti adalah antara sebab mengapa calit biru pada akaun adalah penting bagi mengelakkan penipuan. Jika semua pengguna boleh mendapatkannya tanpa pengesahan, isu penipuan pastinya akan meningkat selepas ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.