Pembelian Activision Blizzard Oleh Microsoft Mungkin Dihalang Oleh FTC
Pengumuman Microsoft ingin membeli Activision Blizzard mengejutkan dunia permainan video memandangkan syarikat tersebut memegang banyak IP popular seperti Call of Duty dan Diablo. Banyak tentangan diutarakan oleh syarikat seperti Sony yang mengatakan ia mungkin mewujudkan monopoli yang merugikan pengguna yang tidak ingin menggunakan ekosistem Microsoft.
Pagi ini muncul laporan pihak Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan Amerika Syarikat (FTC) akan memfailkan saman di mahkamah untuk menghalang pengambilalihan daripada diteruskan. Menurut sumber dari pandangan FTC, sekiranya Microsoft dibenarkan mengambil alih Activision Blizzard, ia akan memberikan kelebihan yang tidak adil kepada Microsoft dalam arena permainan video yang kini sengat di antara mereka dengan Sony serta Nintendo.
Selepas pengumuman dilakukan, Microsoft berjanji akan terus menawarkan permainan popular seperti Call of Duty di konsol Sony. Pada waktu yang sama siri The Elder Scroll baharu kini eksklusif di PC dan Xbox membuatkan janji yang diberikan seakan kosong.
Tindakan pengeluar menghadkan permainan ke hanya satu platform sahaja adalah merugikan pemain permainan video kerana tidak ramai mampu membeli ketiga-tiga Xbox, PlayStation dan Switch semata-mata untuk menikmati siri permainan tertentu.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment