Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengasas Kriptowang Elon GOAT Menghantar Arca Logam Bernilai RM2.7 Juta Ke Pejabat Tesla - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengasas Kriptowang Elon GOAT Menghantar Arca Logam Bernilai RM2.7 Juta Ke Pejabat Tesla


Selain daripada menjadi CEO syarikat-syarikat seperti Tesla, SpaceX dan Twitter, Elon Musk juga cukup dikenali untuk komentarnya mengenai keadaan kriptowang global. Ciapan-ciapan di Twitter oleh beliau pernah menyebabkan nilai kriptowang untuk naik dan jatuh, dan terkini nampaknya terdapat individu-individu yang mahu mengambil kesempatan mengenai ini.

Terkini, pengasas-pengasas kriptowang baru yang dinamakan Elon GOAT ataupun EGT baru sahaja menghantar sebuah arca bertemakan Elon Musk ke ibu pejabat Tesla di Austin, Texas yang tampil dengan bentuk roket dan juga kepala Elon Musk.

Arca ini dianggarkan bernilai $600 ribu (~RM2.7 juta) dan walaupun ia dihantar ke pejabat Elon Musk sendiri, beliau nampaknya tidak hadir untuk menerima arca tersebut, mungkin kerana sibuk mengendalikan Twitter di San Francisco.

Proses pembuatan arca Elon Musk ini boleh dilihat melalui akaun Instagram Elon GOAT Token.

Kriptowang Elon GOAT baru ini juga mungkin menggunakan nama Elon Musk, tetapi tidak menerima restu pemilik namanya, dan walaupun pengasas-pengasas kriptowang ini mungkin peminat susah mati individu tersebut, Elon mungkin tidak begitu selesa dengan namanya digunakan untuk skim kriptowang baru ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.