Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pra-tempahan Microsoft Surface Pro 9 Dan Surface Laptop 5 Dibuka Hari Ini – Harga Bermula RM5299 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pra-tempahan Microsoft Surface Pro 9 Dan Surface Laptop 5 Dibuka Hari Ini – Harga Bermula RM5299


Pada bulan lepas, Microsoft telah memperkenalkan siri tablet dan komputer Surface terbaru mereka, iaitu Microsoft Surface Pro 9 dan juga Microsoft Surface Laptop 5 yang menggunakan cip pemprosesan Intel generasi ke-12, dan untuk sejumlah model tablet Microsoft Surface Pro 9, cip pemprosesan ARM Microsoft SQ3 yang dibangunkan dengan kerjasama bersama Qualcomm.

Surface Pro 9

Terkini, Microsoft Malaysia telah mengesahkan bahawa pra-tempahan untuk tablet Microsoft Surface Pro 9 dan juga Microsoft Surface Laptop 5 sudahpun dibuka bermula hari ini, Microsoft Malaysia dilihat akan membawa masuk sejumlah besar konfigurasi komponen untuk peranti-peranti ini, dari pilihan Intel Core i5 sehinggalah Intel Core i7 dengan pilihan memori 8GB dan 16GB bersama-sama dengan storan SSD dari 128GB sehinggalah 512GB.

Menariknya, didalam senarai pra-tempahan yang dihantar kepada kami, nampaknya Malaysia hanya akan boleh pra-tempah model-model yang dikuasakan cip pemprosesan Intel generasi ke-12. Setakat ini ia masih tidak diketahui sekiranya model yang dikuasakan cip pemprosesan Microsoft SQ3 akan memasuki pasaran tempatan ataupun tidak, tetapi kami telah mengajukan soalan kepada pihak Microsoft Malaysia mengenai perkara ini.

Dari segi tanda harga, tablet Microsoft Surface Pro 9 akan tiba dengan harga permulaan RM5299 untuk model Intel Core i5, memori 8GB dan storan SSD 128GB, manakala model yang dikuasakan Intel Core i7, memori 16GB dan storan 512GB akan ditawarkan pada harga RM9999.

Untuk komputer riba Microsoft Surface Laptop 5 pula, model asas yang hadir dengan paparan bersaiz 13.5 inci, dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core i5, memori 8GB dan storan 128GB hadir dengan tanda harga sama pada RM5299. Untuk model yang paling premium, dimana ia dilengkapi paparan 15 inci, cip pemprosesan Intel Core i7, memori 16GB dan storan 512GB pula, ia akan dijual pada tanda harga RM9399.

Pra-tempahan untuk kedua-dua peranti ini dibuka bermula hari ini, 8 November di gudang-gudang IT sepertii Harvey Norman, All IT, Gloo Network, dan juga kedai atas talian Microsoft Malaysia di Lazada dan Shopee.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.