Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tecno Pova 4 Akan Ke Pasaran Malaysia Pada Minggu Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tecno Pova 4 Akan Ke Pasaran Malaysia Pada Minggu Ini


Barisan telefon pintar Tecno bakal dikemaskini dengan penawaran baharu menerusi pengenalan Tecno Pova 4 pada minggu ini – iaitu 25 November 2022. Kalau diikutkan, ia telah dilancarkan di beberapa pasaran terlebih dahulu dengan dua pilihan variasi yang merangkumi Tecno Pova 4 dan Pova 4 Pro. Namun begitu, Tecno mengesahkan hanya model Pova 4 sahaja yang bakal ditawarkan di Malaysia buat masa ini.

Sekiranya ini adalah variasi yang sama seperti sebelumnya, maka ia akan dilengkapi skrin AMOLED 6.66-inci FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Cip MediaTek Helio G99 digunakan sebagai tunjang utama, di samping bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan berwayar 18W. Turut disertakan adalah kamera utama 50MP, kamera swafoto 8MP, pembesar suara stereo, menjalankan Android 12 dan sokongan NFC.

Untuk maklumat harga jualan dan ketersediaan akan kami kongsikan di dalam artikel yang akan datang.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.