Hi! Welcome Back and Stay Tune! Twitter Mungkin Akan Memperkenalkan Ciri Video Berbayar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Twitter Mungkin Akan Memperkenalkan Ciri Video Berbayar


Twitter baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah kemaskini kepada cara mereka memaparkan media dimana pengguna kini boleh memperlihatkan sehingga 4 jenis media berbeza dalam satu ciapan.

Terkini, Twitter dilaporkan bahawa mereka mungkin akan memperkenalkan ciri video berbayar yang akan membolehkan pemilik video untuk mengecas pengguna lain untuk menonton video mereka. Fungsi ini juga dikatakan bukanlah sebuah idea yang baru, tetapi tidak diimplimentasi kerana ciri berbayar ini hadir dengan beberapa masalah mereka sendiri.

Idea untuk ciri video berbayar ini ialah pemuat-naik video boleh mengecas pengguna untuk menonton video tersebut, dan Twitter akan mengambil sedikit potongan daripada pendapatan tersebut. Isu dengan ciri ini ialah oleh kerana para pengguna pada masa ini boleh memuat-naik apa-apa sahaja video yang mereka mahukan, terdapat risiko bahawa kandungan yang dimuat-naik bukanlah milik mereka, tetapi mereka masih akan mengecas pengguna untuk menontonnya.

Twitter ialah sebuah platform media sosial yang mana perkongsian kandungan dengan mudah adalah salah satu daripada kelebihannya. Jika mereka benar-benar memperkenalkan ciri ini, ia dapat dilihat bahawa sumber kandungan video akan semakin mengecil, dan ada kebarangkalian bahawa pengguna-pengguna yang enggan membayar untuk menonton kandungan ini akan mencari sumber kandungan lain yang tidak perlu untuk dibayar,



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.