Apple Akan Membenarkan Pemasangan Aplikasi Secara Sideload Dan Dari Luar App Store
Dunia semakin berubah dan antara perubahan yang agak mengejutkan kelak ialah Apple akur kepada arahan Kesatuan Eropah (EU) untuk membenarkan pemasangan aplikasi dari luar ekosistem App Store. Menurut laporan Bloomberg pagi ini, Apple dalam persediaan membenarkan bukan sahaja pemasangan aplikasi dari stor aplikasi pihak ketiga tetapi juga secara sideload pada iPhone serta iPad.
Ini adalah bagi memenuhi Digital Markets Act (DMA) Kesatuan Eropah yang memerlukan pengeluar aplikasi membenarkan pengguna memilih dari mana mereka ingin mendapatkan aplikasi yang diinginkan menjelang 6 Mac 2024. Tim Cook pernah berkata membenarkan sideload mendatangkan risiko sekuriti serta privasi yang tinggi sebelum ini dan menentangnya.
Perkara lain yang diarahkan oleh DMA ialah membenarkan penghantaran mesej rentas platform antara pengguna. Ini pula boleh memaksa Apple membolehkan iMessage menerima mesej daripada WhatsApp misalnya. Eropah ialah antara pasaran utama Apple maka mereka perlu akur dengan arahan pihak berkuasa. Bermula 2024 juga besar kemungkinan iPhone akan turut menggunakan USB-C turut kerana arahan yang dikeluarkan oleh EU tahun ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment