Hi! Welcome Back and Stay Tune! BOE Memperkenalkan Paparan Skrin Komputer Riba Dengan Kadar Segar Semula 600Hz - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BOE Memperkenalkan Paparan Skrin Komputer Riba Dengan Kadar Segar Semula 600Hz


BOE ialah sebuah syarikat pembuat paparan skrin yang cukup terkenal untuk memperlihatkan penawaran skrin kelas premium yang tampil dengan olahan warna yang cantik, resolusi tinggi dan juga kadar segar semula yang tinggi.

Pada awal tahun ini mereka telah memperlihatkan paparan skrin 27 inci dengan kadar segar semula 500Hz. Terkini, di acara World Display Industry Conference, BOE telah memperkenalkan panel skrin terbaru mereka yang dilaporkan hadir dengan kadar segar semula setinggi 600Hz.

Panel ini diperlihatkan pada sebuah komputer riba dan hadir dengan saiz 16 inci. Komputer riba tersebut dilihat menggunakan kad grafik NVIDIA RTX untuk menguasakan bahagian grafik. Resolusi dan nisbah paparan 16 inci ini tidak diketahui, dan kebarangkalian besar bahawa ia menggunakan panel IPS.

Buat masa ini, tiada lagi komputer riba gaming ataupun produktiviti yang memanfaatkan paparan skrin 500Hz yang dilancarkan sebelum ini. Panel 600Hz ini juga mungkin akan digunakan oleh sejumlah kecil model komputer riba gaming premium apabila ia dilancarkan kelak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.