Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Mengatakan Syarikat Kini Kembali Stabil Dengan Pendapatan Meningkat Sepanjang 2022 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Mengatakan Syarikat Kini Kembali Stabil Dengan Pendapatan Meningkat Sepanjang 2022


Tiga tahun lalu sekatan teknologi dikenakan ke atas Huawei yang menyebabkan mereka tidak lagi boleh mengakses perkhidmatan GMS pada peranti Android yang dikeluarkan mereka. Ini kemudiannya diikuti oleh halangan menghasilkan cip sendiri dan akses kepada teknologi 5G yang patennya dipegang oleh Amerika Syarikat. Perniagaan mereka terjejas teruk dengan pendapatan pada 2021 menyusut lebih 70% berbanding 2020.

Huawei
Bangunan Huawei

Selepas tiga tahun, Huawei kini mengatakan pendapatan syarikat telah kembali stabil pada tahun 2022 dengan ia ia mencecah RMB 636.9 billion (~RM406 bilion) yang mencatatkan peningkatan 0.4% berbanding 2021. Pendapatan syarikat sekarang masih jauh lebih rendah berbanding pendapatan tertinggi RM529 bilion pada tahun 2020.

Dengan syarikat kembali stabil, Huawei menyasarkan pendapatan syarikat akan meningkat ke RMB 845 billion (~RM536) dalam masa 10 tahun. Selain pengurangan jualan peranti mudah alih, impak pengharaman penggunaan komponen telekomunikasi 5G juga menyebabkan pendapatan Huawei menjunam teruk. Antara langkah yang telah diambil ialah mengecilkan operasi di Eropah dengan ia kini dipindahkan ke Jerman.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.