Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kurang Seminggu Selepas Dilancarkan ChatGPT Sudah Mempunyai 1 Juta Pengguna - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kurang Seminggu Selepas Dilancarkan ChatGPT Sudah Mempunyai 1 Juta Pengguna


Minggu lalu antara pengumuman paling menarik ialah ChatGPT yang merupakan kecerdasan buatan yang menghasilkan karangan berdasarkan input pendek yang diberikan pengguna. Kurang seminggu selepas dilancarkan oleh OpenAI, ChatGPT mempunyai 1 juta pengguna menurut ciapan yang dihantar oleh Sam Altman, CEO OpenAI.

ChatGPT boleh digunakan sesiapa sahaja asalkan mereka mempunyai akaun OpenAI yang adalah percuma. Seperti DALL.E 2 yang menghasilkan imej berdasarkan input teks, ChatGPT boleh menghasilkan karangan, puisi, ulasan dan memberikan pendapat mengenai pelbagai subjek. Malahan ia mempunyai kemampuan mengajuk gaya penulisan penulis terkemuka seperti William Shakespeare berdasarkan input yang diberikan.

Walaupun baru dilancarkan, ChatGPT sudah menimbulkan beberapa kontroversi. Kerana kualiti karangannya yang sebaik manusia, ia mungkin boleh digunakan oleh pelajar untuk menulis kertas kerja sekolah berdasarkan topik yang diberikan. Ini memberikan cabaran kepada tenaga pengajar untuk mengesan sama ada kerja rumah yang diberikan benar-benar ditulis pelajar atau karya ChatGPT.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.