Hi! Welcome Back and Stay Tune! Markah Penanda Aras MacBook Pro Dengan Cip M2 Max Menunjukkan Ia Dilengkapi 96GB RAM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Markah Penanda Aras MacBook Pro Dengan Cip M2 Max Menunjukkan Ia Dilengkapi 96GB RAM


Apple dijangka akan melancarkan MacBook Pro 14″ serta 16″ baharu dengan cip M2 Max, M2 Pro dan M2 Ultra tahun depan. Kesemua model bakal menawarkan prestasi yang lebih tinggi berbanding model M2 yang dilancarkan tahun ini. Terkini markah penanda aras MacBook Pro baharu dengan cip M2 Max telah tertiris memberikan kejutan bakal wujud model dengan 96GB RAM.

Sekiranya benar, ia jauh lebih besar berbanding sehingga 64GB RAM yang ditawarkan pada model Pro dengan siri cip M1 yang dilancarkan sebelum ini. Pada cip M2 Max, ia akan dilengkapi 12 teras CPU pada kelajuan 3.54GHz. Peningkatan daripada 8 teras CPU pada model Macbook Pro M2 13″.

Berdasarkan markah penanda aras yang tertiris, tiada peningkatan prestasi pada markah ujian satu teras. Perbezaan hanya dilihat pada markah ujian multi teras yang hampir mencecah 15,000 markah. Pada komputer dengan cip M2, komputer hanya mencatatkan sekitar 9000 markah dalam ujian yang sama.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.