Pengeluaran Set Kepala AR Dan VR Menyusut 12% Pada Tahun 2022
Adakah teknologi hangat seterusnya adalah set kepala AR dan VR? Meta, Pico dan Apple adalah tiga syarikat yang mempunyai harapan teknologi ini akan berjaya dalam masa terdekat. Tetapi masa depan dunia metamesta mungkin bermula dengan langkah kiri kerana menurut laporan NPD Group yang terkini, jualan set kepala AR dan VR menyusut 12% pada tahun 2022 berbanding tahun lalu.
Dianggarkan sebanyak 9.6 juta set kepala AR dan VR telah dikeluarkan sepanjang tahun. Di pasaran utama seperti Amerika Syarikat pula, jualan menyusut 2%. Ini adalah petanda yang kurang sihat akan masa depan set-set kepala. Namun begitu kejayaan teknologi ini mungkin boleh diukur sekali lagi sekiranya Apple melancarkan set kepala mereka tahun hadapan.
Pada tahun ini bukan sahaja jualan set kepala menyusut. Pengeluaran telefon pintar juga menyusut disebabkan oleh tekanan ekonomi dan harga jualan peranti yang meningkat mendadak.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment