Twitter Kini Memaparkan Angka Berapa Kali Ciapan Dilihat Yang Boleh Diakses Semua
Satu lagi perubahan telah dilakukan oleh pihak Twitter hari ini dengan ciri View Count yang mempamerkan angka berapa kali ciapan dilihat oleh pengguna terus di bawah ciapan. Sebelum ini statistik berapa kali ciapan dilihat hanya boleh dilihat jika ikon graf ditekan oleh pemilik ciapan. Tetapi menerusi kemas kini ini, statistik ini boleh dilihat pengguna lain secara terbuka.
Menurut Elon Musk, ciri ini akan membolehkan pengguna Twitter melihat sendiri berapa “hidupnya” Twitter. Tambah Musk lagi adalah normal memaparkan berapa kali kandungan ditonton pada video dan ia kini dikembangkan juga pada ciapan teks. Pada waktu ini ciri ini sudah boleh diakses pengguna di web, Android dan iOS.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment