Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cip MediaTek Genio 700 Direka Untuk Produk Perindustrian Dan Rumah Pintar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cip MediaTek Genio 700 Direka Untuk Produk Perindustrian Dan Rumah Pintar


MediaTek yang merupakan salah satu daripada syarikat terkemuka dalam pembuatan cip pemproses hadir dengan produk baharu di CES 2023. Melaluinya mereka memperkenalkan Genio 700 yang direka khusus untuk produk perindustrian dan rumah pintar dengan tumpuan utama terhadap kecekapan kuasa.

Ia dihasilkan menggunakan teknologi 6nm dengan gabungan dua teras ARM A78 berkelajuan 2.2GHz dan enam teras ARM A55 pada 2.0GHz. Di samping, turut dilengkapi cip kecerdasan buatan serba boleh dengan kemampuan 4.0 TOPS dan sokongan memori terhad pada LPDDR4X.

Sebagai tambahan, ia juga disertakan sokongan dwi-paparan pada resolusi tinggi 4K/60fps dengan sokongan penyahkodan video AV1, VP9, H.265 dan H.264. Seterusnya ia juga menyokong PCIe 2.0, USB 3.2 Gen1 dan MIPI-CSI untuk kamera. Di samping, turut mempunyai pensijilan ARM SystemReady bertujuan mengintegrasikan platform dengan mudah dan pensijilan ARM PSA pula untuk meningkatkan keselamatannya.

Menurut MediaTek, cip pemprosesan ini akan tersedia secara komersial bermula pada Q2 2023.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.