Hi! Welcome Back and Stay Tune! Draf Pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi Dijangka Dibentang Pada Penghujung Tahun Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Draf Pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi Dijangka Dibentang Pada Penghujung Tahun Ini


Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia kini menyasarkan untuk membentangkan draf pindaan untuk Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) menjelang penghujung tahun ini di Parlimen.

Langkah ini adalah selari dalam usaha mengekang kebocoran data pengguna yang kerap berlaku, selain turut menambah beberapa aspek baharu dibawah akta ini.

Pindaan akta ini juga dijangka akan meneliti pemakluman wajib oleh syarikat pemegang data kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku kebocoran. Disamping itu, denda juga akan ditingkatkan ke tahap maksimum.

Selain pindaan akta ini, kerajaan turut merancang untuk menaik-taraf Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) sebagai sebuah badan berkanun, sekaligus memudahkan lagi badan tersebut mempunyai lebih sumber dalam membanteras isu kebocoran data peribadi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.