Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Dijangka Memperlihatkan Sokongan Enjin Carian Bersama “Chatbot” Pada Tahun Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Dijangka Memperlihatkan Sokongan Enjin Carian Bersama “Chatbot” Pada Tahun Ini


Dengan populariti ChatGPT yang digunakan ramai dalam mendapatkan pelbagai informasi serta bantuan berkaitan beberapa tugasan – kini pihak Google turut dijangka menyertai arena lebih kurang sama.

Ia kini dilaporkan Google sedang dalam proses pembangunan sejumlah produk bersama integrasi kecerdasan buatan, termasuk sokongan enjin carian mereka.

Dengan langkah ini, kita juga mungkin akan melihat pengenalan bot khusus dalam bentuk perbualan pada enjin carian Google.

Implementasi oleh pihak Google dijangka lebih mudah dan menyeluruh berbanding ChatGPT. Pada hari ini sendiri, Google sedia mengintegrasikan sokongan ciri “Knowledge Graph” yang membolehkan orang ramai mendapatkan informasi pantas melalui enjin carian mereka tanpa perlu membuka sesuatu laman web.

Sebelum ini juga, pihak Google sedia memperlihatkan ciri chatbot untuk ciri carian dan bantuan tugasan melalui anak syarikat Alphabet, iaitu DeepMind.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.