Ini Rekaan Rasmi OnePlus Keyboard, Bakal Tiba 7 Februari Ini
OnePlus telah mengumumkan yang mereka akan bekerjasama bersama Keychron untuk papan kekunci mekanikal mereka tersendiri pada Disember tahun lepas. Papan kekunci ini adalah di bawah program OnePlus Featuring, di mana sejumlah produk kategori baharu akan diperkenalkan.
Tadi kami ada melaporkan yang rekaan papan kekunci OnePlus ini tertiris, memperlihatkan rekaan TKL (TenKeyLess) serta penggunaan tombol berputar. Kini, OnePlus telah mengacah secara rasmi rekaan papan kekunci mekanikal mereka dengan kerjasama Keychron.
Pertama sekali, papan kekunci ini akan menggunakan tema warna OnePlus putih/merah dan turut kelihatan variasi berwarna seakan kelabu atau mungkin perak. Kekunci dilihat turut mempunyai warna cerun kelabu ke putih, menggunakan tubuh aluminium, terdapat plat plastik atau akrilik di dalam serta pad busa untuk membisukan setiap klik kekunci dan turut mempunyai penggunaan dwi-gasket.
Di bawah bahagian belakang turut mempunyai kaki yang boleh dilaras sama ada penggunaan rata di meja atau lebih tinggi untuk pengalaman menaip yang ergonomik. Suis kelihatan menggunakan jenis merah, yang mana mungkin menawarkan pilihan suis lain seperti papan kekunci Keychron. Tombol pula adalah lutcahaya, terdapat suis tukar mod ke sambungan Bluetooth atau USB, suis tukar antara sambungan ke Windows atau Mac dan menyokong perisian QMK atau VIA.
Papan kekunci OnePlus ini akan dilancarkan bersama-sama dengan OnePlus 11 dan OnePlus Buds Pro 2 pada 7 Februari akan datang. Pengeluaran secara besar-besaran hanya akan dilakukan bermula sekitar Mac ke April. Tiada butiran lain didedahkan seperti spesifikasi penuh dan harga. Sama-sama kita nantikan nanti.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment