iPhone 16 Pro Akan Mempunyai Kamera Face ID Bawah Skrin
Tahun lalu Apple menawarkan model iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max dengan lubang skrin yang dipanggil Dynamic Island. Tiada lagi takuk yang besar digantikan dengan lubang untuk sistem kamera Face ID. Menurut The Elec, Dynamic Island akan dikekalkan pada iPhone 15 Pro dengan hanya akan berubah ke sistem kamera bawah skrin bermula dengan iPhone 16 Pro tahun 2024.
Hanya kamera swafoto akan dikekalkan di dalam lubang lebih kecil seperti yang ditemukan pada peranti Android sekarang. Bergantung kepada kematangan teknologi kamera bawah skrin, Apple akan akhirnya meletakkan kedua-dua sistem Face ID dan kamera swafoto di bawah skrin di masa hadapan.
Teknologi kamera bawah skrin UDC sudah diperkenalkan pada peranti Android sejak beberapa tahun yang lalu. Sehingga kini hanya beberapa pengeluar menawarkannya kerana kualiti gambar yang diambil masih belum cukup memuaskan. Peningkatan pada kemampuan perisian memproses dan panel OLED yang membenarkan lebih banyak cahaya diperlukan bagi membolehkan UDC menggantikan sepenuhnya sistem kamera swafoto sekarang.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment