Microsoft Membuang 10,000 Tenaga Kerja
Semalam kami melaporkan kedengaran ura-ura Microsoft akan membuang ribuan tenaga kerja yang kemudiannya dinafikan. Tetapi lewat malam tadi Microsoft melakukan pengumuman rasmi bahawa mereka melakukan pengurangan 10,000 tenaga kerja. Proses pengurangan tenaga kerja ini akan dilakukan secara berperingkat sehingga Q3 2023.
Menurut CEO Satya Nadella, ini adalah bersamaan dengan 5% jumlah tenaga kerja Microsoft.Pekerja yang dibuang bukan sahaja di Microsoft tetapi juga pada anak syarikat mereka seperti Bathesda, dan 343 Studios yang membangunkan permainan video. Tindakan diambil oleh Microsoft kerana permintaan untuk edagang yang berkurangan dan persediaan menghadapi kemelesetan ekonomi tahun ini. Tahun lalu fasa pertama pengurangan tenaga kerja hanya melibatkan sekitar 1000 kakitangan.
Pasca pandemik majoriti syarikat teknologi memberhentikan tenaga kerja dalam jumlah yang banyak. Tahun lalu Google, Meta, Amazon, Twitter dan SEA Ltd adalah antara syarikat teknologi yang mengumumkan proses pengurangan tenaga kerja yang drastik bagi mengurangkan kos operasi syarikat.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment