Hi! Welcome Back and Stay Tune! NASA Akan Menguji Roket Berkuasa Nuklear Menjelang 2027 Untuk Misi Ke Marikh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

NASA Akan Menguji Roket Berkuasa Nuklear Menjelang 2027 Untuk Misi Ke Marikh


Misi Artemis yang sudah memulakan ujian tahun lalu ingin menghantar manusia kembali ke permukaan bulan menjelang 2025. Selepas itu bulan akan dijadikan tempat pelancaran misi seterusnya ke Marikh. Untuk merealisasikan impian yang selam ini dilihat sebagai sains fiksyen, NASA telah mengumumkan mereka akan menguji enjin Demonstration Rocket for Agile Cislunar Operations (DRACO) yang dikelolakan oleh DARPA sejak 2020.

Menerusi kerjasama dua badan kerajaan ini, ujian sebenar enjin DRACO akan dilakukan menjelang 2027. Sekiranya berjalan lancar, ini akan membuka langkah kepada NASA melancarkan misi ke Marikh menjelang berakhirnya dekad 2030 kelak.

Sistem pendorong termal nuklear (NTP) menawarkan impuls spesifik dua kali ganda lebih baik berbanding sistem roket kimia yang digunakan sekarang. Impuls spesifik ialah ukuran yang digunakan untuk mengira tahap kecekapan sesebuah enjin roket. Misi ke Marikh boleh dipendekkan ke tiga bulan dengan enjin NTP berbanding tujuh bulan menggunakan enjin roket kimia.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.