Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Akan Melancarkan Peranti Galaxy A Baharu Pada 18 Januari Nanti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Akan Melancarkan Peranti Galaxy A Baharu Pada 18 Januari Nanti


Pada acara CES 2023, Samsung telah melancarkan peranti Galaxy A baharu iaitu Galaxy A14. Ia hadir dengan kamera 50MP, dijana cip Dimensity 700, kamera 50MP, skrin 90Hz dan menyokong kemaskini sehingga 4 tahun.

Minggu hadapan, pada 18 Januari 2023 Samsung akan melancarkan satu lagi peranti Galaxy A baharu. Tidak dinyatakan model mana, tetapi peranti ini akan menyokong 5G, menggunakan skrin FHD+ 120Hz, ketahanan bateri sehingga 2 hari, menjalankan One UI yang terkini, hadir dengan kamera tri-lensa dengan ciri No Shake serta memori 8GB RAM.

Samsung turut akan menawarkan pilihan warna yang menarik, seperti Awesome Black, Awsome Burgundy dan Awesome Green. Rekaan peranti masih tidak jelas, tetapi di hadapan mempunyai dagu tebal, sementara di belakang mungkin menggunakan modul kamera seakan S22 dan mempunyai tekstur yang memberi cengkaman tambahan.

Terdapat khabar angin menyatakan peranti ini besar kemungkinan adalah Samsung Galaxy A54. Sama-sama kita nantikan minggu hadapan untuk melihat peranti apakah yang bakal dilancarkan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.