Hi! Welcome Back and Stay Tune! Vivo Mengacah Kehadiran Siri X90 Untuk Pasaran Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Vivo Mengacah Kehadiran Siri X90 Untuk Pasaran Malaysia


Vivo X90 telah dilancarkan di China dengan beberapa model berbeza yang merangkumi X90, X90 Pro dan X90 Pro+. Ketiga-tiganya hadir dengan penawaran menarik masing-masing bersama fokus utama terhadap sistem pengimejan lebih baik. Hal ini juga boleh dilihat dengan jelas menerusi kerjasama yang berterusan di antara Vivo dan Zeiss pada peranti ini.

Bercakap dengan lebih lanjut, Vivo kini mula mengacah kehadirannya untuk pasaran Malaysia pula. Ia didedahkan secara terbuka menerusi media sosial rasmi di Twitter yang mengesahkan kehadiran untuk variasi pro. Sungguhpun begitu, penggunaan perkataan series turut memberi petanda bahawa boleh jadi terdapatnya lebih daripada satu model yang bakal diumumkan kelak.

Secara tradisinya, Vivo Malaysia kebiasannya hadir dengan variasi standard dan pro yang dilengkapi perkakasan dalaman agak berbeza dengan di model China. Tambahan pula, Vivo X90 dan X90 Pro sebelum ini turut telah ditemui tersenarai menerusi laman pengesahan SIRIM Malaysia. Tiada maklumat spesifikasi dan tarikh pelancaran khusus yang didedahkan setakat ini, sama-sama nantikan perkongsian daripada pihak Vivo Malaysia sendiri untuk lebih lanjut.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.