Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apex Legends Mobile Akan Dihentikan 1 Mei Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apex Legends Mobile Akan Dihentikan 1 Mei Ini


Aplikasi permua Apex Legends Mobile akan dihentikan perkhidmatannya pada 1 Mei ini. Pengumuman dilakukan oleh Respawn Entertainment pagi dengan sebab diberikan ialah beberapa faktor membuatkan permainan tidak lagi boleh diteruskan dengan kualiti yang dirasakan boleh diterima oleh pemain.

Apex Legends Mobile

Bermula hari ini stor Apex Legends Mobile tidak lagi boleh diakses dengan pembelian menggunakan wang sebenar turut tidak lagi diaktifkan. Pemain yang masih mempunyai kredit permainan boleh terus membelanjakan kredit sedia ada sehingga 1 Mei. Kredit yang kekal selepas permainan dihentikan tidak akan dibayar semula kepada pemain.

Respawn menegaskan hanya permua untuk peranti pintar sahaja dihentikan sementara versi PC dan konsol masih diteruskan.

Penutupan permainan adalah agak mengejutkan kerana Apex Legend Mobile baharu sahaja dilancarkan Mei tahun lalu di peringkat global selepas menjalani ujian Beta di pasaran tertentu. Walaupun arena permua paling menguntungkan sekarang, ia masih tidak mencukupi untuk menyelamatkan Apex Legends Mobile daripada ditamatkan awal.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.