Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Menangguh Pengenalan Set Kepala Kerana Pelbagai Isu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Menangguh Pengenalan Set Kepala Kerana Pelbagai Isu


Apple dijangka memperlihatkan set kepala realiti terimbuh (AR) mereka pada bulan April hadapan. Ini dijangka akan memulakan era set kepala pintar pula daripada mereka dan mengakibatkan set kepala dilancarkan pula oleh pesaing. Tetapi menurut laporan Bloomberg, pengenalan set kapal AR ini telah ditangguhkan pula ke bulan Jun hadapan ketika acara WWDC.

Ini adalah kerana terdapat pelbagai isu pada perkakasan dan perisian pada set yang sedang diuji sekarang. Untuk membangunkan set kepala “Apple Glass” ini, Apple perlu membangunkan sistem operasi baharu serta menghasilkan set kepala yang tidak pernah dikeluarkan oleh mereka. Mereka perlu memastikan produk benar-benar bersedia sebelum diperlihatkan bagi mengelakkan insiden Air Power yang kemudiannya terpaksa dibatalkan berlaku sekali lagi.

Ia dipercayai bakal hadir dengan pelbagai kamera dan sensor bagi membolehkan penjejakan kawasan sekeliling dan mengesan pergerakan 6DoF. Terdapat laporan ia akan dilengkapi cip seiri Apple M dan dengan pek bateri dipakai pada tubuh bagi mengurangkan berat pada bahagian kepala.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.