Hi! Welcome Back and Stay Tune! CEO Huawei : Pelbagai Pencapaian Teknologi Milik Huawei Sukar Diatasi Pesaing - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

CEO Huawei : Pelbagai Pencapaian Teknologi Milik Huawei Sukar Diatasi Pesaing


CEO Huawei, Richard Yu kini melalui sebuah temuramah, berkongsi pelbagai kejayaan yang telah ditempa oleh Huawei, dan turut menyatakan pelbagai syarikat teknologi yang lain sukar untuk mengatasi apa yang telah dicapai oleh Huawei.

Mengikut apa yang dikongsikan, Huawei sedia memperkenalkan sokongan komunikasi berasaskan satelit sebelum yang lain, selain turut membangunkan teknologi skrin yang baik, disamping teknologi rakaman gambar dan lain-lain.

Huawei sendiri ketika menduduki tangga ketiga dalam arena telefon pintar, sedia memperkenalkan sejumlah inovasi pada telefon keluaran mereka – membuatkan pelbagai pengeluar lain dilihat seperti “ketinggalan” dengan penawaran-penawaran yang dibawakan oleh Huawei.

Apa pun, kini Huawei menghadapi tekanan disebabkan halangan dagangan oleh pihak Amerika Syarikat – membuatkan mereka melihat kepada beberapa alternatif, termasuk membangunkan sistem operasi sendiri, dan juga pembangunan beberapa komponen secara sendiri.

Sumber : MyDrivers


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.