Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cip Snapdragon 8 Gen 3 Dijangka Dilancarkan Lebih Awal Berbanding Sebelum Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cip Snapdragon 8 Gen 3 Dijangka Dilancarkan Lebih Awal Berbanding Sebelum Ini


Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 telah dilancarkan pada November lalu dengan peningkatan pada prestasi dan kecekapan lebih baik. Ia membawakan peningkatan CPU sehingga 35% dan GPU sebanyak 25%, di samping penjimatan penggunaan kuasa sehingga 40%. Antara peranti dijana Snapdragon 8 Gen 2 yang sedia dipasarkan ketika ini, termasuklah Samsung Galaxy S23, IQOO 11 5G, OnePlus 11 5G dan Xiaomi 13.

Perkembangan baharu mendedahkan cip Qualcomm generasi baharu dijangka tiba lebih awal berbanding biasa. Hal ini didedahkan oleh Digital Chat Station menerusi salah satu kemaskininya di Weibo, tapi sayangnya tiada maklumat lebih spesifik yang dikongsi. Ini termasuklah mengenai konfigurasi pada cip pemprosesan dan tarikh pelancaran khususnnya. Pun begitu, peranti dengan jaan cip generasi baharu Qualcomm ini mungkin tiba pada suku keempat tahun ini yang mana diantara bulan Oktober dan Disember. Ini bermakna, Snapdragon 8 Gen 3 berpotensi tiba penghujung Oktober atau awal November hadapan.

Tiada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Qualcomm berhubung dakwaan tersebut setakat ini. Jadi, lebih baik sekiranya kita menganggap maklumat yang dikongsi ini masih di peringkat ura-ura.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.