Hi! Welcome Back and Stay Tune! Galaxy Watch5 Percuma Dengan Pembelian Galaxy S23 Di Jerayawara Seluruh Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Galaxy Watch5 Percuma Dengan Pembelian Galaxy S23 Di Jerayawara Seluruh Malaysia


Siri Samsung S23 telah mula dijual dengan rasmi di Malaysia dan Samsung mengadakan jerayawara bagi mempromosikan peranti ini, membolehkan pengguna mencubanya dengan lebih dekat dan terperinci lagi. Lebih menarik lagi, mereka turut menyertakan aktiviti serta hadiah menarik bagi pengunjung. Ini termasuklah Galaxy Watch5 percuma dengan pembelian Galaxy S23.

Di setiap jerayawara ini, pengguna berpeluang untuk menguji fungsi Nightography, serta mencuba mengambil gambar swafoto didalam bilik gelap. Untuk gambar yang dirakam dan dikongsikan di media sosial, anda turut akan menerima kupon RM50 yang boleh digunakan pada kemudian hari.

Terdapat sudut permainan bagi pengguna mencuba kelancaran memainkan permainan. Bagi pengguna yang ingin melakukan kustomasi peranti Galaxy mereka, terdapat sudut Bespoke Studio dengan pelbagai pelekat untuk pengguna. Anda juga boleh mendapatkan aksesori tambahan seperti kerangka untuk Galaxy S23 di acara ini.

Bagi anda yang membeli peranti S23 di jerayawara ini, anda juga akan layak untuk cabutan bertuah dimana hadiah yang ditawarkan antaranya pengecas 35W, Galaxy Tab S7 FE, atau 32” Smart Monitor M5. Jerayawara ini diadakan di 1 Utama Selangor, Gurney Plaza Penang, AEON Mall Tebrau City Johor dan juga Vivacity Megamall Sarawak.

Selain dari itu, anda juga boleh hadir ke jerayawara ini dengan membawa produk terpilih untuk sebarang program tukar-beli. Malah jika anda ingin menukar-beli Galaxy S22 Ultra | S21 Ultra | Note 20 Ultra dan terdapat promosi Beli 1 Percuma 1 dan anda dapat memiliki Galaxy S23 secara percuma apabila membeli Galaxy S23 Ultra, dan menukarnya dengan sebarang peranti Ultra yang anda miliki. 



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.