Hi! Welcome Back and Stay Tune! Garmin Vivomove Trend Dilancarkan Dengan Sokongan Pengecasan Nirwayar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Garmin Vivomove Trend Dilancarkan Dengan Sokongan Pengecasan Nirwayar


Garmin kini hadir dengan seutas lagi jam tangan pintar hibrid bersama muka jam analog baharu menerusi Vivomove Trend. Apabila dipakai, Vivomove Trend ini kelihatan seperti jam tangan biasa dan skrin kaca hanya memaparkan maklumat apabila disentuh. Bertambah menarik lagi apabila terdapat juga skrin LCD monokrom beresolusi 254 X 346 piksel tersembunyi yang hanya muncul sewaktu diperlukan.

Selanjutnya, ia juga menyediakan pelbagai pelbagai ciri penjejakan seperti kadar degupan jantung sepanjang hari, pola waktu tidur, oksigen dalam darah, tekanan harian dan kitaran haid wanita. Dalam masa sama, turut sama memuatkan ciri pemberitahuan pintar dan sokongan pembayaran nirtunai melalui Garmin Pay.

Bateri yang digunakan pula boleh bertahan sehingga 5 hari dalam mod jam tangan pintar, di samping juga menyokong pengecasan nirwayar menerusi Qi. Ia juga melepasi penarafan kalis air 5ATM untuk pelindungan tambahan. Kesemua ciri ini telah dimuatkan ke dalam seutas jam tangan dengan binaan kerangka keluli tahan karat dan tali silikon selesa yang dijual pada harga $269 (~RM1,139).



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.