Hi! Welcome Back and Stay Tune! Getty Images Menyaman Pembangun Stable Diffusion Kerana Menggunakan Gambar Tanpa Kebenaran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Getty Images Menyaman Pembangun Stable Diffusion Kerana Menggunakan Gambar Tanpa Kebenaran


Getty Images memfailkan saman ke atas Stability AI yang membangunkan kecerdasan buatan Stable Diffusion. Dalam dokumen yang difailkan di mahkamah Delaware, Getty mendakwa Stability AI menggunakan koleksi gambar milik mereka untuk melatih Stable Diffusion.

Sebanyak 12 juta gambar didakwa digunakan tanpa kebenaran yang kemudiannya membolehkan Stable Diffusion menjana gambar baharu berdasarkan input teks yang diberikan oleh pengguna. Jumlah ganti rugi yang diminta tidak dinyatakan. Kedua-dua pihak Getty dan Stability AI belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai saman yang telah difailkan.

Getty tidak mempunyai isu dengan gambar digunakan untuk melatih kecerdasan buatan asalkan bayaran dilakukan untuk menggunakannya. Mereka turut mempunyai isu gambar yang dijana Stable Diffusion hadir dengan tera air Getty Images yang boleh mengelirukan pengguna lain.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.