Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Chrome 110 Memperkenalkan Mod Memory Dan Energy Saver Untuk Semua - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Chrome 110 Memperkenalkan Mod Memory Dan Energy Saver Untuk Semua


Google Chrome ialah sebuah pelayar web yang terkenal untuk penggunaan kuasa CPU, memori dan tenaga bateri yang cukup tinggi sekali. Pelbagai perubahan telah dilakukan terhadap pelayar web ini, tetapi secara lazimnya orang ramai akan mengatakan bahawa ia masih lagi perisian web yang banyak memakan sumber peranti.

Pada penghujung tahun lepas, Google Chrome telah hadir dengan dua ciri baru yang dikatakan akan membantu dengan isu-isu ini, iaitu Memory Saver dan Energy Saver yang akan mengurangkan penggunaan kedua-dua sumber tersebut.

Memory Saver akan menghentikan penggunaan memori pada tab-tab yang tidak digunakan untuk satu jangkamasa, dan akan menyegar semula laman web tersebut apabila tabnya diaktifkan semula. Untuk Energy Saver pula akan mengehadkan penggunaan kuasa di latar belakang, dan mengurangkan kadar bingkai sebuah video dan menghentikan animasi pada laman web dan akan diaktifkan secara automatik apabila bateri komputer riba dilihat kurang daripada 20 peratus.

Fungsi-fungsi ini diperkenalkan secara berkala pada penghujung tahun lepas, tetapi dengan kemaskini Google Chrome 110 terbaru, ciri ini nampaknya sudah diperkenalkan kepada semua pengguna.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.