Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ookla – Kelajuan Internet Malaysia Ke-36 Terpantas Dan Melepasi Purata Kelajuan Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ookla – Kelajuan Internet Malaysia Ke-36 Terpantas Dan Melepasi Purata Kelajuan Dunia


Internet ialah sebahagian daripada hak asasi manusia moden. Segala bentuk perkhidmatan boleh diakses di hujung jari menggunakan peranti pintar moden. Tetapi akses kepada internet masih belum seimbang seperti yang dapat kita lihat sepanjang PKP. Penduduk luar bandar terpaksa memanjat pokok, berkhemah di tengah hutan dan menyangkut telefon pintar ke tiang untuk mendapatkan rangkaian yang terbaik.

Bagaimana pula kelajuan internet di Malaysia pada Januari 2023? Menurut laporan terkini Ookla SpeedTest, kelajuan purata internet jalur lebar di Malaysia ialah 92.69 Mbps manakala kelajuan purata internet mudah alih pula ialah 43.67 Mbps. Ini meletakkan Malaysia di tangga ke-36 untuk internet jalur lebar dan ke-48 untuk internet mudah alih.

Negara dengan kelajuan purata internet jalur lebar terpantas ialah Singapura dengan 234.55 Mbps dan kelajuan purata internet mudah alih terpantas pula ialah Emiriah Arab Bersatu dengan 161.156 Mbps.

Walaupun kelajuan internet Malaysia bukan yang terpantas di dunia, ia masih antara terpantas di rantau Asia Tenggara dan lebih pantas berbanding purata kelajuan global.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.